GE2153 Sem2 Sesi 2011/2012

Selamat datang kepada para pelajar yang telah mendaftar dan mengambil kursus GE2153 Teknologi Pendidikan bagi semester ini.

Tahniah kerana anda berjaya mendaftarkan kursus ini, pastikan kod kursus yang didaftarkan betul, dan tentukan juga setiap dari anda mempunyai kumpulan tutorial masing-masing. Tekadkan azam dan bulatkan semangat dan perbetulkan niat anda masing-masing, bahawa anda mengambil kursus ini adalah untuk melengkapkan unit dan yang lebih penting ialah untuk perkongsian ilmu yang berkaitan dengan teknologi pendidikan. Apa yang penting ialah ilmu dan kemahiran yang dikongsi semasa kuliah atau tutorial itu sebagai asas anda untuk diaplikasikan dalam sesi pembelajaran anda disini dan lebih-lebih lagi semasa anda berada di sekolah nanti.

Apa itu teknologi pendidikan? untuk maklumat lanjut sila klik disini

Setiap pelajar dikehendaki untuk memberi komen berkaitan dengan teknologi pendidikan dan aplikasi dalam situasi pendidikan masa kini…..

About mdyusoffdaud

Education is lovely
This entry was posted in Informasi and tagged . Bookmark the permalink.

9 Responses to GE2153 Sem2 Sesi 2011/2012

  1. khairul1990 says:

    Pada pendapat saya, teknologi pendidikan penting bagi menyediakan guru-guru yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan teknologi bagi memudahkan berjalannya sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun P&P selaras dengan kemajuan IT di Malaysia supaya dapat melahirkan guru-guru yang tidak ketinggalan dalam kemajuan arus era globalisasi pada masa kini.

  2. teknologi pendidikan merupakan satu langkah yang baru bagi memudahkan pelajar-pelajar menggunakan teknologi untuk mencari maklumat dan mengikut peredaran zaman kerana dunia kini mengalami situasi dunia di hujung jari. dengan teknologi ini pelajar-pelajar tidak perlu pergi ke perpustakaan mencari buku-buku berkenaan dengan topik yang dia cari tetapi dengan teknologi laman sesawang ini hanya menaip maklumat yang ingin dicari di mana-mana rangkaian seperti http://www.google.com.my/ dan akan mencari malulumat di dalam kotak yang disediakan dan maklumat itu akan keluar dan kita hanya perlu memilih maklumat yang lebih sesuai dengan topik yang dicari.

  3. soleh7577 says:

    nmpak menarik dengan adanya grafik..

    • mdyusoffdaud says:

      Sila komen berkaitan dengan peranan teknologi pendidikan dalam mengaplikasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  4. hitamkeputih says:

    Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik,video, gambar rajah serta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar terhadap pelajaran.Selain itu juga ianya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara individu dengan hanya duduk di hadapan komputer sahaja.

  5. DyaDyiaLyna says:

    Teknologi pendidikan merupakan satu medium yang amat penting pada masa kini. Penggunaan teknologi pendidikan dapat memberikan faedah yang besar kepada sistem pembelajaran sepanjang hayat bagi semua orang. Pengunaan teknologi pendidikan memboleh pembelajaran tidak terhad dalam bilik darjah, capaian kepada bahan elektronik dalam setiap masa, komunikasi dengan komuniti pelajar dan guru melewati sempadan institusi, kebolehan melakukan kerja lapangan di luar bilik darjah seperti pemungutan data dan rekod serta pengalaman dan capaian kepada maklumat seperti jadual dan lokasi bilik darjah.

  6. alfaizan says:

    Teknologi merupakan satu bidang luas yang mengkaji perkembangan peralatan yang digunakan untuk membantu manusia dalam pekerjaan seharian. Teknologi masa kini merangkumi semua pekara termasuk dalam bidang pendidikan atau dengan kata lain ” Teknologi Pendidikan” . Teknologi pendidikan merupakan satu pekara yang baru diwujudkan bagi menyediakan guru-guru dan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran dalam arus perkembangan kemodenan supaya lebih berdaya saing dan kompleks dalam perkembangan pengajaran yang lebih maju. Perkembangan teknologi pendidikan yang pesat kini seperti facebook,twitter,blog dan sebagainya yang boleh dijadiakan sebagai bahan bantu mengajar guru telah membawa satu gaya baru dalam pembelajaran dalam bilik darjah yang mampu memberikan input lebih kepada pelajar seterusnya mengembangkan lagi maklumat dan gaya pemikiran pelajar. Justeru, para pendidik perlu memastikan tahap kemahiran dan kemampuan guru dalam bidang teknologi lebih maju daripada pelajar agar proses mencurahkan ilmu dapat dicekapkan dan pantas.

  7. alfi3014 says:

    Apa yang saya tahu mengenai ‘teknologi pendidikan’ adalah ianya merupakan satu gabungan antara teknologi dan manusia yang digunakan pada masa kini dalam bidang pendidikan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran(P&P). Teknologi ini dihasilkan bagi tujuan membantu negara dalam menyediakan guru-guru yang yang lebih berdaya saing dan celik IT seterusnya dapat melahirkan bakal pemimpin negara pada masa hadapan yang sekaligus dapat meningkatkan sistem pendidikan negara. Penggunaan teknologi seperti internet, ipod, CD ROM, komputer di dalam pengajaran dapat membantu pelajar mendapatkan maklumat tambahan sekaligus dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menarik minat pelajar.

    • mdyusoffdaud says:

      Terima kasih kerana telah memberi komen kepada blog yang telah dibina dan digunakan sebagai platform perkongsian berkaitan dengan teknologi pendidikan. Sedikit komen berkaitan dengan blog yang anda bina, sila pastikan ada gambar… ok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s